Thursday, June 11, 2009

Canai

Medan canai minda

Atas sebab penyertaan yang semakin bertambah, keputusan Mudah Menang Harian Metro/Perodua Siri 2 Minggu 2 terpaksa disiarkan hari ini, bukan Rabu atau Khamis seperti sebelumnya. Itupun selepas pihak urusetia peraduan mengerah lebih tenaga bertungkus-lumus membuka dan memeriksa puluhan guni borang penyertaan yang diterima.Minggu kedua ini, mutu penyertaan semakin bertambah baik. Bukan itu saja, pola umur peserta juga semakin meningkat. Seorang peserta dari Johor, Rasedin Jambari, 69, muncul peserta paling tua memenangi peraduan kali ini. Kebanyakan pemenang berusia 30 dan 40 tahun ke atas, dengan lima pemenang berumur lebih 50 tahun.Di segi jawapan, rata-rata peserta tidak menghadapi masalah menjawab soalan hari Isnin, Selasa dan Rabu. Sebahagian besar menjawab betul iaitu KENTAL untuk soalan ‘Cair tidak, keras pun tidak’ dan TONYOH untuk soalan ‘Guna Hujung jari saja’. Bagaimanapun ada yang menjawab KENYAL dan TONJOL.Untuk Selasa dan Rabu, tiada masalah. Rata-rata menjawab REPUT, SURUT, JENDUL dan TANDING. Tetapi untuk soalan Khamis dan Jumaat, banyak peserta terperangkap dengan soalan pertama kedua-dua hari tersebut. Ramai sekali menjawab SANTAN untuk soalan ‘Perisa masakan’ dan BALANG bagi kata kunci ‘Bekas berbentuk silinder daripada tin. Jawapan yang diterima adalah JINTAN dan KALENG.

No comments:

Post a Comment